
Jan 21, 2021
KENCING MANIS & ANGIN AHMAR
Beliau datang dengan aduan kaki kanan yang sentiasa terasa kebas-kebas akibat penyakit kencing manis
Kebasnya dirasakan pada tapak kaki, menyebabkan cara jalannya sedikit terganggu, terasa seakan tiada keyakinan apabila berpijak pada kaki kanan
.
Selain kebas, kaki kanannya juga terganggu dengan bengkak bentan. Mengikut ukuran 'figure of 8' pada pergelangan kakinya menunjukkan perbezaan sebanyak 3 cm antara kiri dan kanan
.
Ujian kekuatan otot-otot dalaman tapak kakinya pula ketara berbeza, kanan agak lemah berbanding kiri, tetapi masih dapat dirasakan pengecutan otot-otot tersebut
.
Selain itu, beliau juga mengidap angin ahmar 2 tahun yang lepas pada bahagian kanan badan, tangan dan kaki
.
Cara jalannya pula seperti 'foot drop' pada kaki sebelah kanan. Berkemungkinan berpunca daripada angin ahmar ataupun sakit kencing manis yang dialami beliau. Takpa, keep in view dahulu maklumat ni
.
Masalah yang paling merunsingkan beliau adalah bengkak pada pergelangan kaki kanannya, abam pun berasa ada baiknya juga berikan dahulu perhatian kepada bentan kakinya
.
Lumrah, bentan itu disebabkan oleh peredaran cecair yang kurang efektif disebabkan oleh kebas yang dirasakan dan juga kelemahan otot-otot dalam tapak kaki kanan
.
Hal ini demikian kerana, setiap kali bangun pagi, bentan kakinya sangat ketara kurangnya. Berdiri atau bangun sahaja sebelum sampai tengah hari, bengkak kembali memenuhi kaki kanannya
.
Intervensi awal adalah dengan sedikit senaman 'soft tissue manipulation' bagi menghidupkan semula otot-otot dalaman kaki kanan dan senaman ringkas iaitu 'ankle pump'
.
Hanya dengan beberapa set senaman, perbezaan ukurlilit kedua-dua kaki berkurangan daripada 3 cm kepada 1.5 cm. Perbezaan dari mata kasar juga kelihatan apabila kedutan kulit dan urat-urat mula muncul (diawal rawatan hanya kelihatan kulit kaki kanan yang tegang dan licin)
.
Kebiasaannya, penghidap kencing manis yang kronik seperti beliau akan kehilangan deria rasa sendi pada jari-jari kaki yang terlibat akan tetapi masih terdapat keupayaan otot untuk menggerakkan jari jemarinya
Mungkin perasaan itu yang menyebabkan beliau kurang beri perhatian pada pergerakan jari-jari kaki kanannya dan ketidakupayaan itu jugalah membuatkan beliau tidak yakin untuk berpijak pada kaki kanan ketika berjalan
Masalah lain pula akan dirawat pada rawatan susulan
.
.
'Afifi Wahab
Fisioterapis
.
.
Nota
1) Perlu dapatkan satu penanda aras yang boleh menunjukkan perubahan yang positif daripada sebelum dan selepas rawatan supaya dapat memotivasikan klien yang mungkin telah putus harapan
2) Dengan menghidupkan semula otot-otot di sekitar kawasan bentan mampu untuk mempercepatkan peredaran cecair, kerana otot yang mengembang dan mengecut adalah sebagai agen yang menggerakkan segala cecair dalam tubuh dengan lebih lancar
3) Tiada keperluan untuk urut pada kawasan yang bentan, hanya perlu berikan tekanan sahaja pada tapak kaki bagi menghidupkan segala mak nenek otot-otot dalaman tapak kaki (seperti dalam gambar) kemudian disusuli dengan menggerakkan jari jemarinya secara aktif